Sejarah Air mawar

Sejak zaman dahulu, bunga mawar telah digunakan dalam perubatan, pemakanan, dan sebagai pewangi. Yunani purba, Rom kuno dan Phoenicia berpendapat yang taman mawar sama penting dengan tanah tanaman seperti dusun-dusun dan ladang gandum.[1]

Pewangi mawar diperbuat daripada minyak mawar, juga dipanggil minyak atar mawar, iaitu sebatian minyak pati meruap yang didapati dengan menyuling wap kelopak-kelopak bunga mawar yang hancur. Air mawar ialah hasil sampingan dalam proses ini.[2] Penanaman bunga-bunga harum untuk memperoleh pewangi, termasuk air mawar, dapat dijejak ke zaman Empayar Sasan,[3] di mana ia dipanggil golāb (Parsi Pertengahan: گلاب), daripada gul (mawar) dan ab (air). Perkataan ini diserap ke Yunani Bizantium sebagai zoulápin.[4] Proses menghasilkan air mawar dengan wap air diperhaluskan oleh ahli kimia Parsi dan Arab dalam Zaman Kegemilangan Islam yang membuka haluan kepada industri pewangi yang lebih cekap dan menguntungkan.[5]

Rujukan

WikiPedia: Air mawar http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.scientiairanica.com/PDF/Articles/000004... http://www.rosense.uk.com/rosense.php http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=turkish+delig... http://www.holyapostlesgo.org/HolyWeek.asp http://www.dailymail.co.uk/news/article-2193671/Ma... https://books.google.be/books?id=jtgud2P-EGwC&pg=P... https://books.google.com/?id=jtgud2P-EGwC&pg=PA29&... https://books.google.com/?id=jtgud2P-EGwC&pg=PA29&... https://books.google.com/books?id=gFK_yx7Ps7cC&q=r...